Safer Internet Day

Safer Internet Day (SID) atau Hari Keselamatan Internet disambut di lebih 200 buah negara pada bulan Februari setiap tahun dengan objektif untuk mempromosi keselamatan internet dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan warga digital. Pada tahun 2024, sambutan SID peringkat global
akan disambut pada 6 Februari, 2024 (Selasa) bertemakan 'Together For A Better Internet'.

Bersama-sama Ke Arah Internet Yang Lebih Baik

#SiberMalaysiaMadani #MalaysiaDigital #SID2024

Mobirise Website Builder
Edisi Malaysia 2024

Di Malaysia, sambutan SID bermula pada tahun 2010 diterajui oleh CyberSecurity Malaysia di bawah program CyberSAFE™, dengan pelbagai aktiviti bersama rakan kerjasama strategik yang turut menyokong agenda keselamatan internet di Malaysia.

SID 2024–Edisi Malaysia kali ini membawa tema SIBER MALAYSIA MADANI di mana warga digital didorong warga untuk mengamalkan adab serta budi pekerti yang baik, berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi membudayakan penggunaan teknologi digital yang positif.

© Copyright 2024 CyberSecurity Malaysia. All Rights Reserved.