Penggunaan teknologi dan Internet secara positif dan dengan penuh tanggungjawab bagi mewujudkan komuniti Siber Malaysia Madani yang progresif.


SID2023 – Edisi Malaysia

01.

Kewarganegaraan Digital

Kewarganegaraan digital sentiasa memupuk norma yang sesuai, bertanggungjawab dan memperkasakan penggunaan teknologi. Konsep ini harus diterapkan oleh warga digital untuk membina komuniti siber yang selamat.

02.

Apa itu SIBER
MALAYSIA MADANI?

Mendorong individu untuk berpendidikan tinggi, mengamal adab dan budi pekerti yang baik dan berpengetahuan luas dengan membudayakan konsep kewarganegaraan digital ke arah pembentukan komuniti siber madani.

03.

Matlamat SIBER
MALAYSIA MADANI

Mewujudkan ekosistem siber yang lebih selamat melalui pembentukan komuniti bestari yang progresif ke arah Malaysia Madani. 

04.

Pendekatan SIBER
MALAYSIA MADANI

Penekanan diberikan kepada komuniti siber menerusi tiga teras iaitu; INDIVIDU, KELUARGA dan KOMUNITI.

Komponen SIBER
MALAYSIA MADANI

Madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.*  Justeru, SIBER MALAYSIA MADANI memberi fokus kepada membudayakan konsep kewarganegaraan digital sebagai elemen penggerak utama. Tiga (3) komponen menjadi elemen yang penting ke arah pembentukan komuniti siber madani, iaitu:

* Kamus Dewan Edisi Keempat 

Mobirise
Etiket

Beradab, saling hormat menghormati, dan bertoleransi terhadap orang lain serta memiliki sikap kebertanggungjawaban, dan bersikap empati semasa berada dalam talian.

Mobirise
Pengetahuan

Mengetahui, mengenali dan memahami isu-isu keselamatan siber semasa secara menyeluruh seperti ancaman siber dan melaksanakan amalan terbaik dengan menerapkan konsep kewarganegaraan digital.

Mobirise
Kesedaran

Berusaha mencari maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mengenai modus operandi sesuatu ancaman siber dengan harapan ianya dapat mewujudkan tahap kesedaran serta sikap kawal kendiri yang tinggi dalam diri warga digital.

#SiberMalaysiaMadani

Muat turun kit kempen sebagai tanda sokongan anda ke arah membentuk komuniti Siber Malaysia Madani yang progresif.
Bersama-sama Ke Arah Kesejahteraan Siber

Kalendar Edisi Malaysia
Siri Jerayawara Anti–Scam 2023

Aktiviti untuk meningkatkan kesedaran warga digital mengenai ancaman keselamatan siber terutamanya jenayah Scam.

Mac 2023
Webinar SIBER MALAYSIA MADANI Serumpun

Sesi bicara dalam talian yang melibatkan ahli panel dari beberapa negara ASEAN.

TBC
CyberSAFE™ Fun Run 2023

Acara larian berkonsepkan Fun Run melibatkan penyertaan dari pelbagai peringkat umur terutamanya keluarga.

© Copyright 2023 CyberSecurity Malaysia. All Rights Reserved.